Wednesday, January 27, 2010

Usia 2 Bulan

Alhamdulillah, Syasya sudah 2 Bulan.. Dia dah pandai tersengih dan menangis tetap kuat mcm dulu..hehehe. mungkin dah rasa nikmat nangis kuar air mata kot.. tapi, Syasya dah aktif bermain, bila penat, tido, bila lapor, nangis minta susu, dah kenyang, tido balik.. tu lah rutin baby seharian.. Ade beberapa gambar syasya dengan macam-macam gaya..


Lokasi : di mana-mana

Syasya Tengok ape tu??



Sedang tengok sasaran rupanye..


Agak-Agak boleh amik ke??



Dah penat main, minum susu dulu...

Minum sampai kenyang...


Kekenyangan minum susu..

muka ceria dapat jalan-jalan..

Sengih sikit syasya..

dah penat jalan, tido pulak...

Tido Lena nampak..


sedang dibuai mimpi.. Good Nite syasya!



Tuesday, January 26, 2010

Majlis Potong Jambul dan Akikah

Alhamdulillah, majlis Doa Selamat, Potong Jambul Dan akikah telah dibuat pada 1 Januari 2010 semasa usia syasya genap 44 hari.. dengan Bertemakan pink, syasya bagaikan pengantin dengan hiasan buai yang ditaja oleh makciknye. jom kita lihat sekitar majlis potong jambul syasya.

Majlis Potong Jambul dan Akikah
Tarikh : 1 Januari 2010
Lokasi : Kilang Keropok Cap Ikan Kelisa, Mersing, Johor

Syasya Bersama Puting nyer..

Kenyit mata sikit syasya!!

Papa belajar pegang syasya..hehehe.

Bergambar bersama keluarga papa..
Berdiri dari kiri, Mak uda, mak ngah, mama, Nenek
Baring di katil, Nursyasya alya Mohd Sapuan..


Syasya tengok ape tu??


Bergambar bersama keluarga mama..
Berdiri dari kiri, Ucu,Nek maa, uteh, mama
Baring dipangkuan, Nursyasya alya Mohd Sapuan..


Click sana-sini

Setelah sebulan usia syasya...
Lokasi: di mana- mana

Hari Ke - 7 Kelahiran

Mencukur rambut

Ini dilakukan sebaik-baiknya pada hari ketujuh kelahiranya, kemudian rambut itu ditimbang seberat emas atau perak dan disedekahkan pada fakir miskin, jika tidak mampu maka ditukarkan atas kadar wang atau sebagainya.

Amalan bercukur ini mengandungi hikmah yang tertentu iaitu:
Dari sudut kesihatan, ia boleh menguatkan tenaga pertumbuhannya, menghilangkan selaput kulit kepala (iaitu sejenis cecair beku yang meliputi kulit kepala) dan juga dapat memberikan daya kekuatan dan ketajaman pada penglihatan mata, bau dan pendengaran.
Dari sudut kemasyarakatan bercukur mengalakkan umatnya bersedekah disamping menunjukkan kesyukuran kepada Allah di atas kurniaan-Nya.

Walaupun disunatkan bercukur bagi orang Islam tetapi dilarang daripada melakukan Qaza’ iatu mencukur sebahagian kepala kanak-kanak dan meninggalkan sebahagian yang lain. Larangan ini mempunyai hikmahnya yang tersendiri, ini untuk menunjukkkan sifat keadilan Allah s.w.t dan RasulNya s.a.w. di mana manusia diperintahkan supaya berlaku adil walaupun terhadap dirinya sendiri. Larangan mencukur sebahagian kepala dan meninggalkan sebahagian kepala dan meninggalkan sebahagian yang lain merupakan suatu perbuatan yang zalim kepada kepala kerana hal sedemikian menyebabkan sebahagian kepala akan ditutupi dan sebahagian yang lain terdedah tanpa rambut.

(Sumber : http://faizal.iits.com.my/2009/10/caracara-perkara-sunat-dalam-menyambut-bayi-mengikut-islam/ )

Wajah Syasya selepas Bercukur:
Lokasi : Mersing, Johor







19 Januari 2009

Hari ke-2:

alhamdulillah, setelah kesihatan Ibu dan anak memuaskan, mereka boleh discharge hari ini.. Setelah selesai urusan discharge, aku terus pergi JPN untuk urusan pendaftaran kelahiran anak kami sebab esoknya kami hendak berangkat ke kampung.
Nama Puteri kami : Nursyasya Alya Mohd Sapuan
Ini gambar ketika usia syasya 2 hari :

Tarikh : 19 November 2009
Lokasi : Kuarters Presint 18 Fasa R8





20 November 2009, syasya akan balik ke Mersing selama 2 bulan..

18 November 2009

Kehadiran cahaya mata adalah satu rezeki yang diimpikan oleh semua yang telah berumahtangga.
Alhamdulillah, bersyukur kepada ilahi kerana kami telah dikurniakan seorang puteri seberat 3.15 kg pada 18 November 2009 jam 9.20 malam di Dewan Bersalin, Hospital Putrajaya.